E-Mel dari seorang bapa yang gembira
Hari ini saya menerima emel dari seorang bapa yang sangat gembira dengan pencapaian anaknya yang mendapat 8A dalam PMR setelah menyertai Kursus Motivasi Alihan Pelajar.
Ini tulisannya:
Dear Dr.
First and foremost syukur alhamdulillah for the recent success of my daughter, Nurhafizah binti Ibrahim and secondly, thank you very much for your excellent guidance and great motivation that has driven her to the highest peak of success.
My daughter, Nurhafizah is the only member of our family who has scored 8As in the PMR exam. Had I known about MAP before, I would have sent her brother, Abdul Hafiz and her sister, Norazah to attend the MAP training.
I must admit that without your guidance and motivation, I could not imagine what her PMR exam result would be. Today, I am one of those happy and proud fathers who have benefited from the investment that I have made twice prior to the sitting of the said exam.
Comparing yours with the contributions of other individuals in their respective fields for the people of Malaysia, you are really fantastic. Only the Almighty Allah can reward you for your great contribution. Hence, I am certain without any slightest doubt that Dr. Tengku Asmadi befits the conformant of the honourable title of ‘Datukship’.
Sincerely from the bottom of my heart, I am looking forward that your good self be addressed as ‘Datuk’ in the near future.
Indeed, you are a great person who have shaped the Malays in Malaysia towards what they deserve in reality and true perception, i.e. according to what our politicians are claiming about within the real context of ‘Ketuanan Melayu’.
Salam & ucapan terima kasih from my wife Nor Fauziah. Wassalam.
Yours sincerely,
Major (R) Ibrahim Hashim
Seksyen 7 Shah Alam.
Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd
drasmadi@maptraining.com.my
http://www.motivasialihanpelajar.com
Laman Motivasi Alihan Pelajar Dalam Proses Reka Bentuk Semula
Assalamualaikum & salam bahagia,
Saya bagi pihak pasukan saya ingin memohon maaf kepada para pelawat laman web ini jika dalam tempoh masa sebulan dua ini menghadapi kesukaran melayari laman web ini. Pihak kami dalam proses mereka semula laman web bagi menempuh tahun baru 2009. InsyaAllah beberapa perkara akan ditambah bagi memudahkan para pelawat melayarinya dengan lebih baik.
Sebarang cadangan bagi memantapkan lagi laman web ini boleh dibuat di ruangan komen di bawah. Kesulitan amat dikesali dan pihak kami memohon ampun dan maaf. Terima kasih.
Idea & Tulisan Oleh :Fauzul Naim Ishak
Pentadbir Laman Motivasi Alihan Pelajar
md@fauzulnaim.com
http://www.fauzulnaim.com
E-Mel dari Bekas Anak Didik MAP
Assalamualaikum Dr.
Saya bekas pelajar MAP tahun 2007 ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kpd Dr. Tengku Asmadi dan pembantunya di MAP Consultancy kerana telah banyak membantu saya bukan sahaja dalam pencapaian akademik malah lebih daripada itu. Sejak menghadiri program MAP untuk pelajar sekolah menengah saya lebih berkeyakinan untuk berpidato di hadapan orang ramai dan lebih bermotivasi.
Uniknya, setiap kali saya berasa ingin menangguhkan kerja atau bermalas-malas segera saya teringat akan suara Dr. yang lantang mengatakan, lebih kurang beginilah bunyinya, “Kamu malas, malas, malas! Kamu kata mahu jadi jurutera, jadi doktor, jadi peguam, tapi kamu PEMALAS..kamu tak malukah dengan apa yang kamu cita-citakan? Ada hati nak jadi jurutera, nak jadi doktor tapi PEMALAS!” kemudian Dr. berpesan lagi, “Kamu kata kamu sanggup berjuang utk saudara kamu di Palestin, di Afghanistan, di Iraq tapi kalau solat pun kamu malas! belajar pun kamu malas kamu ada hati nak tolong mereka?!” Kata2 Dr. itu selalu terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini.
Dan kata-kata itulah membuatkan saya bangkit dengan penuh motivasi dan kini berjaya mengatasi rakan-rakan yang lain dalam akademik mahu pun dalam sahsiah.
Ketika saya menghadiri program MAP tahun lepas saya hanya mampu menduduki kedudukan top 3 dalam kelas saya yang mempunyai 40 org pelajar (kelas ke-3). tetapi selepas menghadirinya dan mengamalkan apa yang diajarkan saya telah berjaya mendapat kedudukan Top 5 dalam tingkatan di sekolah saya yang mempunyai lebih kurang 300 pelajar Tingkatan 3 pada Ujian Pertengahan Tahun ini. Saya selalu mempraktikkan dan mengajarkan apa yangg saya pelajari di MAP kepada rakan-rakan saya.
Sekarang saya sedang menunggu keputusan PMR 2008. Saya berdoa dan berharap saya mendapat 8A1 dalam PMR saya. Jika rakan-rakan saya bertanya apakah rahsia saya, saya begitu bangga untuk mengatakan saya adalah anak didik Dr. Tengku Asmadi. Walau bagaimanapun, saya sangat bersyukur dengan apa yang saya peroleh hari ini. Semoga hari esok lebih cemerlang dari hari ini untuk kita semua umat Islam.
Akhir kata,
Daun selasih, daun melur;
Terima kasih kpd Dr.
Nurhafizah Ibrahim
Dari Shah Alam, Selangor.
Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd
drasmadi@maptraining.com.my
http://www.motivasialihanpelajar.com
Kursus MAP di Johor Bahru 29 - 30 Nov 2008
Alhamdulillah, semalam saya telah berjaya menamatkan program Motivasi Alihan Pelajar di Johor Bahru. Lebih 200 pelajar mengikutinya yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun 5 hingga Universiti. Pelajar-pelajar ada yang datang dari Melaka, Johor, Pahang, Singapura dan Sabah. Mereka sanggup datang dari dekat dan jauh semata-mata mahu menggali permata ilmu dalam program yang telah saya jalankan selama 14 tahun ini.
Kepada pelajar-pelajar, syabas saya ucapkan dan teruskan perjuangan hingga ke puncak jaya.


Anda boleh lihat lebih banyak gambar-gambar dengan KLIK DI SINI.
Idea & Tulisan Oleh :Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd
drasmadi@maptraining.com.my
http://www.motivasialihanpelajar.com
Warga TAMRIN Menyumbang Kepada Balu Ustaz Khairuddin
Hari ini, 15 November 2008, saya bersama dengan Ustaz Ismail (AJK TAMRIN merangkap Pengerusi TAMRIN Perak) telah menziarahi balu Allahyarham Ustaz Khairuddin dan menyampaikan sumbangan derma sebanyak RM2035/- kepada beliau.
Sumbangan ini adalah hasil daripada derma kilat yang telah dibuat melalui SMS semalam. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga TAMRIN yang menyokong usaha murni ini.
Allahyarham Ustaz Khairuddin telah meninggal dunia apabila ditetak dalam kes samun stesen minyak di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh, Perak. Beliau meninggalkan seorang isteri dan 6 orang anak. Yang kecil baru berusia 5 bulan.
Semoga rohnya ditempatkan ditempat orang-orang yang solih dan semoga isterinya diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan membesarkan anak-anak yang masih kecil.
Untuk cerita yang lebih lanjut kunjungi laman web rasmi TAMRIN iaitu:
http://www.motivatormuslim.com

Selepas ini, jika ada sesiapa yang mahu menyumbang bolehlah terus masukkan derma ke akaun balu allahyarham iaitu:
Pn. Narjes binti Mokhtar (isteri Allahyarham)
Bank : Bank Muamalat
No. akaun : 0804-0026888-72-8
Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd
drasmadi@maptraining.com.my
http://www.motivasialihanpelajar.com
Program MAP Cuti Sekolah
Cuti sekolah datang lagi. Ibu bapa pastinya mula memikirkan apakah bentuk pengisian yang boleh diberikan kepada anak-anak mereka dalam cuti panjang ini. Kalau kita tidak merancang apa-apa program untuk anak-anak maka masa mereka akan terbuang begitu sahaja. Mereka akan habiskan masa depan TV, bermain permainan komputer, berinternet, bercit-cat dan sebagainya.
Kenapa tidak masukkan anak-anak ke Program Motivasi Alihan Pelajar yang saya jalankan dan dirancang sepanjang cuti sekolah ini mengikut lokasi dan tarikh di bawah ini:
|
TARIKH KURSUS MOTIVASI ALIHAN PELAJAR |
|
|
Ipoh
|
Program Tahun 6, Pelajar Menengah dan Kolej 13 - 14 Disember 2008 Program Tahun 3, 4 dan 5 (Sekolah Rendah) |
| Kuala Lumpur | Program Tahun 6, Pelajar Menengah dan Kolej 22 - 23 November 2008 (Cuti Sekolah) |
| Johor Bahru | 29 - 30 November 2008 |
| Terengganu | 25 - 26 Disember 2008 |
| Kelantan | 28 - 29 Disember 2008 |
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang program Motivasi Alihan Pelajar sila semak laman rasminya di www.laman-map.com
Untuk membuat pendaftaran secara online pula sila lunsuri laman www.mindaplus.com/daftar
Idea & Tulisan Oleh :Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd
drasmadi@maptraining.com.my
http://www.motivasialihanpelajar.com
Persediaan Sebagai Trainer
Catatan ini saya ambil dari blog Puan Sifu PTS.

Komen Saya:
Saya amat bersetuju dengan apa yang Puan Sifu cadangkan di sana.
Malah perkara ini telah lama saya sampaikan kepada mentee-mentee saya.
Saya beritahu mereka perkara yang sama iaitu untuk menjadi trainer yang
baik mereka perlu tahu melontar suara dan berlakon. Malah mereka perlu
ada skrip ‘lembut lidah’.
Untuk makluman pengunjung laman, saya telah mempelajari asas-asas ini sewaktu
dibangku sekolah rendah lagi. Ketika itu saya mewakili sekolah dalam
pertandingan drama pentas dan bakat ini juga telah saya bawa hingga ke
sekolah menengah. Malah sempatlah menjadi pelakon drama terbaik
Peringkat Negeri ketika itu.
Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd
drasmadi@maptraining.com.my
http://www.motivasialihanpelajar.com
Tanda-tanda Dia Menipu
Artikel di bawah dipetik dari blog SifuPTS iaitu www.universitipts.com.
Apabila kita berkomunikasi dengan orang lain, atau melihat orang lain sedang berkomunikasi maka kita dapat mengenalpasti sama ada seseorang itu berkata benar atau sebaliknya. Berikut adalah beberapa tanda-tanda yang memerlukan kita lebih berhati-hati agar tidak diperdaya oleh si penipu.
Semakin banyak tanda-tanda di bawah dilakukan, semakin serius dustanya.
(i) Tangan memegang-megang leher dan tengkuk (ataupun tengkuk baju).
(ii) Mata terkelip-kelip lebih laju daripada biasa.
(iii) Bibir terkatup lebih rapat daripada biasa.
(iv) Bercakap dengan ayat yang terputus-putus.
(v) Tercari-cari perkataan. “Urmm… anu… anu…”
(v) Membuat pembetulan pada apa yang tadi dipercakapkannya. (Macam kes
Saifool tersalah sebut tarikh sewaktu bersumpah dalam masjid Kuala
Lumpur).
(vi) Mata tidak mahu memandang orang yang didustai (ataupun tidak mahu memandang tepat pada kamera).
(vii) Menyorokkan tapak tangan.
Kata Puan SiPTS lagi, “Saya juga pakar menangkap penipu (selepas banyak kali terkena tipu,
saya pun bersungguh-sungguh belajar dengan membeli dan membaca
buku-buku tentang tanda-tanda (traits) orang cuba menipu.”.
Semoga maklumat ini berguna bagi kita semua.
Idea & Tulisan Oleh :Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd
drasmadi@maptraining.com.my
http://www.motivasialihanpelajar.com
Mirroring!
Dalam mazhab NLP diajar Teknik Mirroring bagi mewujudkan ‘instant rapport’. Malah kita dapat lihat bahawa mereka yang berada dalam julat pemikiran yang sama (pada ketika itu) akan secara spontan ‘mirror’ antara satu sama lain. Ini dapat dilihat dalam gambar di bawah bagaimana PM dan TPM dalam keadaan yang sama frekuensi mindanya.

Gambar di atas menunjukkan kedudukan tubuh dan pergerakan badan PM umpama cermin kepada TPM.
Sebab itulah apabila kita bertemu dengan seseorang maka Teknik Mirroring boleh digunakan untuk mewujudkan kemesraan serta merta. Apa yang boleh dicerminkan?
Cermin kedudukann, pergerakan, rentak nafas, mimik muka, intonasi suara, pilihan kata-kata, dan sebagainya.
Idea & Tulisan Oleh :Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd
drasmadi@maptraining.com.my
http://www.motivasialihanpelajar.com
MAJLIS BERBUKA PUASA
TAMRIN akan adakan Majlis Berbuka Puasa
Tarikh : 24 September 2008
Hari : Rabu
Masa : 6.30 - 8.30 petang
Tempat : Hotel De Palma, Ampang, Kuala Lumpur
Kos : RM75/- seorang
Hubungi Urusetia: En. Rashid (016-5580719) atau En. Osman Affan (012-9028747)
TAMRIN tidak mengambil sebarang keuntungan atas majlis ini sebaliknya itulah kos yang dikenakan kepada kami oleh pihak Hotel De Palma untuk majlis tersebut. Sebabnya kita akan diberikan tempat ekslusif ditepi kolam dan tidak bercampur dengan majlis yang lain.
Oleh itu sesiapa yang mahu menyumbang untuk memberi makan mereka yang berpuasa sila nyatakan jumlahnya kepada pihak urusetia. InsyaAllah, sumbangan anda akan mendapat keberkatan Allah.
Turut hadir dalam Majlis Berbuka Puasa ini ialah Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, Ust. (Dr) Muhammad Uthman El-Muhammady, Prof. Dato’ Hamdan Adnan, Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad, dan ramai lagi.
Ini adalah masa untuk kita berjumpa dan membina jaringan.
Jumpa di sana nanti.
Idea & Tulisan Oleh :Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd
drasmadi@maptraining.com.my
http://www.motivasialihanpelajar.com









